KWSP : RM10K Dibenarkan Keluar Bagi Yang Terjejas

KWSP : RM10K Dibenarkan Keluar Bagi Yang Terjejas

KWSP : RM10K Dibenarkan Keluar Bagi Yang Terjejas
KWSP : RM10K Dibenarkan Keluar Bagi Yang Terjejas
Kerajaan hari ini bersetuju untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengeluaran tersebut akan memanfaat lebih lapan juta pencarum berbanding dua juta sebelum ini.
Selain itu, Zafrul berkata kadar minimum pengeluaran turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000.
“Justeru setelah berbincang dengan KWSP pagi tadi, sukacita diumumkan program i-Sinar dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.
“Tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan, terkurang pendapatan mereka tahun ini, ahli tersebut layak untuk membuat pengeluaran dari akaun satu, tanpa mengira ahli tersebut pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak.
“Selagi mereka terjejas pendapatan dengan ketara, mereka boleh mengeluarkan simpanan daripada akaun satu KWSP.
“Daripada dua juta ahli yang layak sebelum ini, kita buka kepada lebih lapan juta ahli, tambahan pula setiap ahli dibenarkan mengeluarkan sehingga RM9,000, kini dibenarkan mengeluarkan sehingga RM10,000,” katanya dalam sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.
Zafrul menambah ia membabitkan nilai peruntukan sebanyak RM70 bilion.
Justeru, semua ahli yang layak katanya boleh membuat permohonan di KWSP, dan mengemukakan dokumen bahawa mereka kehilangan atau terjejas pendapatan.
Dalam pada itu, Kementerian Kewangan memberi jaminan bahawa keputusan untuk memperluaskan skim i-Sinar tidak akan menjejaskan dividen atau pulangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Zafrul berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Nurul Izzah Anwar (PKR-Permatang Pauh) yang meminta penjelasan berhubung langkah kerajaan untuk memastikan kebajikan semua pencarum KWSP susulan keputusan kerajaan untuk memperluaskan skim i-Sinar.
“Jumlah aset di bawah pengurusan KWSP adalah berjumlah RM960 bilion, ketika ini. Di sini kita ada peruntukan analisis senario sensitiviti.
“Kita telah mempertimbangkan dengan terperinci sama ada mereka yang terjejas boleh atau tidak mengeluarkan wang dari Akaun 1.
“Daripada analisis kita, yang baru disiapkan pagi ini, ia tidak akan menjejaskan dividen atau pulangan keapda KWSP, sebalik ia dapat menolong ramai (ahli yang terjejas),” katanya lagi.
Sumber : Astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!