i-SINAR: SEMAKAN STATUS PENGELUARAN & JADUAL PEMBAYARAN

i-SINAR: SEMAKAN STATUS PENGELUARAN & JADUAL PEMBAYARAN

i-SINAR: SEMAKAN STATUS PENGELUARAN & JADUAL PEMBAYARAN
i-SINAR: SEMAKAN STATUS PENGELUARAN & JADUAL PEMBAYARAN

Untuk makluman ahli KWSP bagi kategori 1 yang telah membuat permohonan iSinar,anda boleh membuat semakan status permohonan iSinar bermula 4 Januari 2021.

Melalui semakan ini,anda akan mengetahui sama ada permohonan anda LULUS atau GAGAL.

Hal ini penting untuk memastikan permohonan yang dibuat BERJAYA dan anda hanya perlu tunggu duit iSinar masuk melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan.

Jika permohonan anda TIDAK BERJAYA,anda boleh membuat permohonan baharu kerana tempoh bagi permohonan i-Sinar adalah 6 bulan.

Ahli boleh membuat semakan status permohonan i-Sinar melalui :

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN iSINAR GUNA i-AKAUN

Cara semakan ini sesuai untuk pemohon yang membuat pengeluaran i-Sinar melalui i-Akaun.

1.Pastikan anda mempunyai i-Akaun untuk log masuk menggunakan id dan password.

2.Lihat di bahagian ‘Withrawal’, anda boleh tahu sama ada pengeluaran i-Sinar telah dikreditkan pada ‘payment date’.

SEMAKAN MELALUI PORTAL iSINAR KWSP

Cara semakan ini sesuai untuk pemohon yang menggunakan portal i-Sinar. Bagi anda yang guna sistem i-Sinar  Online pula boleh disemak di portal tersebut dan akan dipaparkan status permohonan ahli.

CARA BUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PENGELUARAN iSINAR

  1. Layari portal i-Sinar melalui https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Masukan nombor kad pengenalan/no ahli
  3. Tekan SEMAK STATUS
  4. Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada LULUS atau GAGAL

SEMAKAN MELALUI SMS PIHAK KWSP

Bagi anda yang LULUS permohonan akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS daripada PIHAK KWSP

JADUAL PEMBAYARAN iSINAR

Untuk makluman,setakat ini, pihak KWSP belum lagi mengeluaran jadual pembayaran yang rasmi.

Berdasarkan info yang dimaklumkan pihak KWSP,bayaran bulan pertama bagi kategori 1 adalah pada bulan Januari 2021.

Manakala,bayaran bulan pertama bagi kategori 2 adalah pada bulan Februari 2021.

Jika anda perhatikan semasa membuat permohonan,ada ditetapkan jumlah bayaran bagi bulan kedua,ketiga,keempat,kelima dan keenam.

Tetapi belum dimaklumkan tarikh pembayaran bulanan,hal ini kerana bayaran berdasarkan jenis bank ahli juga,ada bank yang cepat membuat pembayaran,ada yang lambat.Ia nya bergantung kepada jenis bank.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran i-SINAR KWSP, boleh menghubungi talian bantuan seperti berikut:

Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Laman Sesawang: Portal Rasmi KWSP

Sumber :kekandamemey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *