i-Sinar : Cara Mohon i-Sinar KWSP Online Tanpa i-Akaun

i-Sinar : Cara Mohon i-Sinar KWSP Online Tanpa i-Akaun

i-Sinar : Cara Mohon i-Sinar KWSP Online Tanpa i-Akaun
i-Sinar : Cara Mohon i-Sinar KWSP Online Tanpa i-Akaun

Siapa yang layak?

Untuk makluman, orang yang buat keluarkan duit KWSP Akaun 1 i-Sinar melalui i-Sinar portal ini hanya orang yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 sahaja.

Jadi, jika anda tidaklah terjejas sangat, iaitu gaji tidak turun 30% dan saja-saja mahu keluarkan RM10,000, itu adalah tidak dibenarkan.

Cara mohon i-Sinar KWSP (Tanpa i-Akaun)

Berikut ialah cara untuk buat permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu login i-Akaun. Anda hanya boleh login i-Sinar bermula 21 Disember 2020.

Sila ambil maklum, pengeluaran bermula 21 Disember 2020 ini hanya untuk Kategori 1 sahaja. Untuk Kategori 2, permohonan pengeluaran bermula 11 Januari 2021.

  1. Layari portal rasmi i-Sinar di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad / MyPR
  3. Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
    • 010
    • 011
    • 012
    • 013
    • 014
    • 015
    • 016
    • 017
    • 018
    • 019
  4. Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang aktif
  5. Tekan butang TERUSKAN
  6. Tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan tadi
  7. Masukkan Nombor OTP tersebut
  8. Tekan butang SAHKAN OTP
  9. Jawab Soalan Keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan
  10. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Sinar
  11. Ikuti Langkah 1: Amaun Pilihan, untuk tetapkan berapa banyak duit yang anda ingin keluarkan
    • Anda akan dapat lihat Amaun Kelayakan Keseluruhan yang anda boleh keluarkan
    • Gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki
    • Jika anda ingin keluarkan amaun maksimum, tarik slider ke hujung sebelah kanan
  12. Teruskan dengan Langkah 2: Jadual Bayaran, untuk tetapkan bayaran bulan pertama
    • Anda boleh gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah bayaran yang dikehendaki untuk bulan pertama
    • Setelah pilih bayaran bulan pertama, anda akan dapat lihat bayaran bulan seterusnya iaitu:
      • Bayaran Bulan Kedua
      • Bayaran Bulan Ketiga
      • Bayaran Bulan Keempat
      • Bayaran Bulan Kelima
      • Bayaran Bulan Keenam
    • Tekan butang TERUSKAN
  13. Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan
    • Isikan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan
    • Isikan Nombor MyKad.
    • Isikan Nombor Telefon Bimbit
    • Isikan Alamat Email
    • Isikan Alamat Rumah
    • Isikan Poskod
    • Isikan Bandar
    • Pilih Negeri
  14. Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Pembayaran
    • Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online yang tertera seperti berikut:
      • Affin Bank Berhad
      • Agrobank
      • Al Rajhi Bank (M) Berhad
      • Alliance Bank
      • Ambank (M) Berhad
      • Bank Muamalat (M) Berhad
      • Bank Rakyat
      • Bank Islam (M) Berhad
      • BSN
      • CIMB Bank Berhad
      • Citibank Berhad
      • EON Bank Berhad
      • HSBC Bank (M) Berhad
      • Hong Leong Bank
      • Kuwait Finance House
      • Maybank
      • OCBC Bank (M) Bhd
      • Public Bank Bhd
      • RHB Bank BHd
      • Standar Chartered
      • UOB (M) Bhd
    • Masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan / Semasa) yang dipilih tadi
    • Pastikan nombor akaun bank tersebut adalah akaun milik persendirian
    • Pastikan nombor akaun bank tersebut masih aktif
    • Kesilapan dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak aktif boleh menyebabkan duit i-Sinar tidak dapat dimasukkan
    • Kesilapan dalam memasukkan nombor akaun bank juga, walaupun akaun masih aktif, boleh menyebabkan masalah
    • Tekan butang TERUSKAN
  15. Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan dan Maklumat Pembayaran
    • Tick pada bahagian Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Perakaun Terma & Syarat yang ditetapkan.
    • Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online
    • Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
    • Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
    • Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi
    • Jika tidak ada gambar, klik langkau
    • Pastikan pilihan semua selesai
    • Klik Hantar
  16. Pastikan keluar paparan yang tertulis “Terima kasih <nama penuh>. Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai <tarikh yang tertera>”.
  17. Tekan butang CETAK & SIMPAN untuk simpan rekod permohonan i-Sinar anda
  18. Permohonan baru pengeluaran i-Sinar tanpa i-Akaun kini sudah selesai.

Bila boleh mohon i Sinar KWSP?

Sudah ada maklumat rasmi berkenaan tarikh bila boleh apply i-Sinar.

Bagi Kategori 1 iSinar, anda boleh mohon bermula:

Isnin, 21 Disember 2020

Bagi Kategori 2 iSinar, anda boleh mohon lewat sedikit daripada Kategori 1 iaitu bermula:

Isnin, 11 Januari 2021

Baca Juga :

Bolehkah memohon i-Sinar guna i-Akaun?

Sila ambil maklum bahawa anda hanya boleh memilih satu saluran sahaja untuk membuat permohonan.

  • Seperti i-Lestari sebelum ini, jika anda memilih untuk mohon i-Sinar KWSP menggunakan i-Akaun, maka guna i-Akaun sahaja
  • Jika anda memilih untuk mohon i-Sinar KWSP menggunakan portal i-Sinar, maka guna i-Sinar sahaja

Anda tidak boleh menggunakan kedua-duanya. Walaupun anda mohon iSinar KWSP menggunakan kedua-dua saluran, hanya satu saluran sahaja yang akan diluluskan.

Jika anda memilih untuk membuat pengeluaran i-Sinar menggunakan i-Akaun, sila baca cara daftar i-Akaun terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan cara daftar i-Sinar KWSP.

 

Kelayakan permohonan i-Sinar

Syarat kelayakan terbahagi kepada dua iaitu:

Kategori 1

Individu yang layak memohon iSinar mestilah orang yang:

  • Bekerja di sektor formal
  • Bekerja sendiri
  • Bekerja di dalam sektor ekonomi gig seperti GrabCar, GrabFood, Foodpanda, Lalamove dan lain-lain
  • Yang sudah lama tidak mencarum
  • Yang hilang pekerjaan
  • Suri rumah
  • Pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji

Sekarang, anda sudah tahu siapa yang layak iaitu selalunya golongan B40. Sekarang, bagaimana pula dengan syarat dan kriterianya untuk membolehkan anda teruskan dengan cara mohon i-Sinar apabila sudah dibuka nanti?

  1. Anda tidak mencarum dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan
    • Contohnya, dua bulan lepas, majikan langsung tak mencarum duit KWSP anda. Duit company pun tak masuk, duit KWSP anda pun dia tak masukkan. Maka, anda boleh buat permohonan iSinar.
  2. Anda masih bekerja, tapi mengalamai pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020
    • Contohnya, jika gaji basic anda ialah RM1500, tiba-tiba dek kerana PKPB ini, gai berkurang menjadi RM1000. Maka, anda menepati kriteria untuk memohon iSinar.

Kategori 2

Individu yang layak memohon iSinar mestilah orang yang masih bekerja. Jadi, kami andaikan:

  • Masih bekerja di sektor formal
  • Masih bekerja sendiri

Sekarang, anda sudah tahu siapa yang layak iaitu kebiasaannya golongan M40. Sekarang, bagaimana pula dengan syarat dan kriterianya untuk meneruskan cara mohon i-Sinar apabila sudah dibuka nanti?

  1. Anda masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020
    • Ini termasuk pengurangan gaji
    • Pengurangan elaun
    • Pemotongan tuntutan lebih masa (overtime claim)
    • Pengurangan di atas perlu dibuktikan dengan dokumen

Tidak seperti Kategori 1 yang lebih mudah permohonannya, Kategori 2 perlu menyediakan:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis berhenti kerja yang diberikan majikan
  • Surat pemotongan elaun
  • Surat pemotongan tuntutan kerja lebih masa (OT claim)

Jika dokumen seperti yang dinyatakan di atas tidak dapat disediakan, anda boleh sertakan supporting document yang lain seperti:

  • Penyata bank
  • Surat pengesahan majikan

Sumber : therohani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *