PTPTN : Cara Mohon Penangguhan Pembayaran PTPTN berikut Wabak Covid19

PTPTN : Cara Mohon Penangguhan Pembayaran PTPTN berikut Wabak Covid19

PTPTN : Cara Mohon Penangguhan Pembayaran PTPTN berikut Wabak Covid19
PTPTN : Cara Mohon Penangguhan Pembayaran PTPTN berikut Wabak Covid19

Tahukah anda PTPTN membuka ruang bagi sesiapa yang ingin menangguh pembayaran PTPTN dalam waktu pandemik ini.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuka permohonan perlanjutan tempoh bayaran balik pinjaman berikutan wabak COVID-19 bermula esok hingga 31 Mac ini.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, berkata permohonan boleh dilakukan melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my/PelanjutanBayaranBalikCovid19.

“Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan ketika permohonan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel yang dikemukakan dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan.

Susulan itu, katanya, peminjam diingatkan mengemaskini maklumat perhubungan dan terkini bagi memastikan maklumat berkenaan kelulusan permohonan perlanjutan disampaikan kepada mereka.

Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my di ruangan soalan lazim.

Beliau berkata PTPTN menyambut baik inisiatif perlanjutan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman COVID-19 yang diberikan kepada peminjam yang layak selama tiga bulan.

Katanya peminjam yang layak adalah mereka yang kehilangan pendapatan seperti diberhentikan kerja dan terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurangan.

3 LANGKAH MUDAH YANG PERLU ANDA IKUTI

1.Layari www.ptptn.gov.my/PelanjutanBayaranBalikCovid19

2.Isi maklumat dengan Lengkap & Hantar

3.Sila tunggu & Semak kelulusan melalui email.

Sebarang info & update terkini ikuti group telegram : https://t.me/semakaninfo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *