Permohonan MySalam Dikuarantin atau Disahkan Positif Covid terima RM50 Sehari ~ Maksimum RM700

Permohonan MySalam Dikuarantin atau Disahkan Positif Covid terima RM50 Sehari ~ Maksimum RM700

Permohonan MySalam Dikuarantin atau Disahkan Positif Covid terima RM50 Sehari ~ Maksimum RM700
Permohonan MySalam Dikuarantin atau Disahkan Positif Covid terima RM50 Sehari ~ Maksimum RM700

Tahukah anda, individu berpendapatan rendah atau mereka yang tergolong dalam kumpulan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) Covid-19 boleh menerima RM50 sehari sebagai ganti pendapatan mereka yang terjejas di bawah pelan perlindungan mySalam Covid-19.

Dalam pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan itu akan dikembangkan merangkumi mereka yang dikuarantin sebagai PUI untuk membuat tuntutan sepanjang 14 hari kuarantin yang diwajibkan.

Berikut dikongikan serba sedikit tentang MySalam Covid-19 dan cara membuat tuntutan (claim) RM50/sehari sekiranya anda dikuarantin.

Apakah Skim MySalam?

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Antara manfaat MySalam ialah mereka yang dilindungi dapat menuntut RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari, termasuklah kuarantin 14 hari yang diwajibkan untuk mengekang Covid-19.

Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.

Manakala perluasan perlindungan mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020.

Syarat Kelayakan MySalam Covid-19

Antara syarat kelayakan Skim MySalam Covid-19 ini adalah penerima BSH yang:

  1. Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  3. Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019.

Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel terus kepada pihak mereka di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Bagi penerima manfaat MySalam, tuntutan COVID-19 boleh dibuat bagi 2 keadaan ini:

  1. Pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19
  2. Pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia (PUI) – (Takrifan PUI boleh dirujuk melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia)

NOTA: Sebarang tuntutan bagi self-quarantine tidak akan dibayar. Tuntutan yang dikemukakan kepada mySalam perlu disertakan bersama perintah isolasi bagi pesakit disyaki COVID-19 atau pengesahan diagnosis COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Cara Semak Kelayakan MySalam

Untuk menyemak kelayakan, anda boleh juga melakukannya secara online dengan langkah berikut:

  1. Layari www.mysalam.com.my
  2. Masukan kad pengenalan tanpa(-)
  3. Klik semak
  4. Di ruangan bawah akan dinyatakan sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK LAYAK sebagai penerima manfaat MySalam.

Cara Buat Tuntutan MySalam Covid-19

Tuntutan kepada mySalam perlu dikemukakan secara muat naik salinan dokumen ke portal mySalam atau secara manual melalui kios MySalam.

Sila ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk ke portal mySalam menggunakan nombor kad pengenalan penerima/ pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup, dan kata laluan.
  2. Klik ‘Tuntutan’ diikuti oleh ‘Penyerahan Tuntutan’
  3. Pilih ‘Tuntutan Hospitalisasi’ mengikut kategori yang anda pilih. Terdapat 3 pilihan iaitu:
    • Pesakit Positif Covid-19
    • Disyaki Covid-19 dan ditahan di pusat kuarantin KKM
    • Disyaki Covid-19 dan diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri.
  4. Isikan butiran berikut:
    • Tarikh masuk wad / mula kuarantin
    • Tarikh keluar wad / tamat kuarantin
    • Nama hospital / premis bukan hospital (bagi kes kuarantin)
  5. Sila muat naik dokumen berikut dan klik ‘Lampirkan’
    • Kad pengenalan (depan & belakang)
    • Nota discaj (kemasukan wad sahaja)
    • Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja)
  6. Klik ‘Hantar’ kemudian klik ‘Saya Setuju’ dan permohonan anda akan diproses.
  7. Status tuntutan akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan anda disahkan.
  8. Sila hubungi hubungi pusat panggilan mySalam di talian 1 300 88 8938 untuk pertanyaan lanjut atau bantuan set semula kata laluan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *